Friday, January 1, 2010

Gus Dur father of pluralism

Gus Dur father of pluralism
JAKARTA Dec.31 — President Susilo Bambang Yudhoyono has described former president Abdurrahman Wahid or Gus Dur as the father of pluralism for uniting the multi-racial and multi-religious country.
"He is the father of pluralism and multi-culturalism. He used his wisdom to end discrimination and held diversity of the people in high regard,” said Susilo at Gus Dur”s funeral service at Pondok Pesantren Tebu Ireng, Jombang, East Jawa here today.
Gus Dur had shown his strong commitment as a defender of minorities and during his presidency, the Chinese New Year was recognised as a national holiday.
Susilo said Gus Dur had set an example that Islam was a source of peace and tolerance and inspired many imminent people at the national and international levels.
"He will be remembered for his efforts in enhancing democracy in Indonesia. In early 90s, Gus Dur along with other eminent persons organised a democracy forum to spread the democratic concept through strategies and development,” he added. - Bernama
Friday, January 1, 2010
Gus Dur pemimpin berwawasan


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia semalam sebagai seorang pemimpin yang berwawasan jauh demi negaranya.

Perdana Menteri berkata, Gus Dur adalah seorang negarawan dan cendekiawan yang sentiasa berusaha membawa perubahan kepada Indonesia selari dengan nilai-nilai murni Islam.
“Impak Gus Dur dalam membentuk Indonesia tidak boleh dipandang rendah,” kata Najib dalam blognya, www.1Malaysia.com.

Gus Dur, 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang semalam ketika di rawat di hospital di Jakarta akibat kegagalan jantung, ginjal dan masalah gula dalam darah.

------------------------


ARKIB : 01/01/2010
Gus Dur selamat dikebumi

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my



Anggota tentera Indonesia mengusung keranda jenazah Allahyarham Abdurrahman Wahid diiringi para penyokongnya pada majlis pengkebumiannya di Jombang, Jawa Timur, semalam. – AFP

--------------------------------------------------------------------------------



JAKARTA 31 Dis. – Presiden keempat Indonesia, Abdurrahman Wahid hari ini selamat dikebumikan di Kompleks Pondok Pesantren Tebu Ireng, Jombang, Jawa Timur.

Upacara pengkebumian diketuai Presiden Susilo Bambang Yudhoyono diiringi laungan takbir, tahlil serta tangisan beribu-ribu hadirin.

“Saya Presiden Republik Indonesia atas nama negara dan Tentera Nasional Indonesia (TNI), dengan ini mempersembahkan ke persada ibu pertiwi jiwa raga dan jasa Almarhum Abdurrahman Wahid, Presiden Republik Indonesia keempat, putera dari Wahid Hasyim, yang telah meninggal dunia, pada 30 Disember 2009, pukul 6.45 petang waktu Indonesia barat, kerana sakit,” kata Susilo ketika menyerahkan jenazah Abdurrahman Wahid untuk pemakaman.

Tambah Susilo, semoga baktinya kepada negara dan bangsa Indonesia menjadi teladan dan rohnya mendapat tempat yang sewajarnya.

Susilo turut menyebut Gus Dur sebagai Bapa Pluralisme.

Menurut Susilo, Gus Dur merupakan tokoh utama yang mendorong perubahan demokrasi di Indonesia.

“Semasa hidupnya, Gus Dur mengajarkan kita semua untuk menghargai kemajmukan. Ia merupakan bapak pluralisme dan multikulturisme Indonesia,” jelasnya.

Menurut Susilo, Gus Dur juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan Islam di Indonesia dan Gus Dur disebut sebagai seorang pemimpin dan pemikir Islam yang diakui dunia.

Jenazah Abdurrahman diturunkan ke liang lahat pada pukul 1.30 petang oleh Panglima TNI, Jeneral Djoko Santoso dibantu anggota TNI daripada pelbagai angkatan dan disaksikan oleh Susilo dan Naib Presiden, Boediono serta Menteri Kabinet Indonesia.

Setelah jenazah diturunkan, bendera Merah Putih yang menyelimuti keranda dilipat dan isteri Gus Dur, Siti Sinta Nuriyah kemudian menaburkan bunga sebelum liang lahat ditutup dengan tanah, diikuti oleh anggota keluarga lainnya.

Anak perempuan Gus Dur, Yenny Wahid yang masih kesedihan terpaksa dipapah.

Susilo mengumumkan Indonesia berkabung selama seminggu dan bendera Merah Putih dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mewakili Malaysia pada upacara pengkebumian Gus Dur.

Beliau diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra, Datuk Adnan Othman.



Zannuba Arifah (tengah) yang juga dikenali sebagai Yenny Wahid memegang keranda bapanya sebelum jenazah Abdurrahman Wahid dikebumikan di Jombang, wilayah timur Jawa, semalam. – REUTERS

--------------------------------------------------------------------------------



Turut menghadiri upacara itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan dua orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia.

Gus Dur, 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang, semalam, di Hospital Cipto Mangunkusumo setelah mengalami kemerosotan kesihatan

berikutan penyakit kencing manis, jantung dan angin ahmar.

Beliau, yang memerintah Indonesia dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti politik yang berasaskan Islam.

Gur Dur menggantikan Presiden B.J. Habibie setelah dipilih oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) hasil Pilihan Raya Umum 1999.

Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur dan mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab dari 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari 1964 hingga 1966.

Gus Dur meninggalkan seorang balu Sinta Nuriyah dan empat orang anak perempuan Alissa Qotrunnada Munawaroh, Zannuba Arifah Chafsoh, Annita Hayatunnufus dan Inayah Wulandari. – Utusan



------------------------------

ARKIB : 31/12/2009
Najib ucap takziah kepada keluarga Gus Dur
31/12/2009 8:34pm


KUALA LUMPUR 31 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas presiden Indonesia Abdurrahman Wahid dan rakyat Indonesia atas kematiannya.

Pemimpin Indonesia itu, dengan panggilan mesra Gus Dur, 69, meninggal akibat komplikasi kesihatan di Jakarta petang semalam.

"Impak Gus Dur dalam pembentukan Indonesia tidak dapat dipandang ringan.

Selaku negarawan dan cendekiawan, beliau berjuang untuk membawa perubahan dan reformasi yang mengandungi nilai-nilai Islam,” kata Perdana Menteri mengenai tinggalan Gus Dur dalam blognya www.1malaysia.com.my - Bernama



------------------------

ARKIB : 31/12/2009
Jamil Khir wakili Malaysia di permakaman negara untuk Gus Dur
31/12/2009 12:27pm


JAKARTA 31 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mewakili Malaysia pada upacara pengkebumian negara bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Jombang, Jawa Timur tengah hari ini.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra Datuk Adnan Othman, berlepas dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala Lumpur ke Jawa Timur pagi ini.

Turut sama menghadiri upacara itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan dua orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini, Amran Mohamed Zain.

Sementara itu, pada pukul 8.10 pagi ini (Waktu Indonesia Barat) jenazah Gus Dur diterbangkan dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara dari pangkalan udara Halim Perdana Kusuma di sini ke Surabaya.

Jenazah beliau sebelum itu dibawa keluar dari kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan dalam sebuah kenderaan jenazah dengan penuh penghormatan negara pada satu upacara yang dipimpin Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Taufik Kiemas.

Gus Dur akan disemadikan bersebelahan dengan makam datuknya Hasyim Asy’ari, pengasas pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) di kawasan permakaman keluarga di Pondok Pesantren (pusat pengajian Islam) Tebu Ireng, Jombang, Jawa Timur pada tengah hari ini. - Bernama

-----------------------------------------


ARKIB : 31/12/2009
Gus Dur meninggal dunia

Daripada Borhan Abu Samah
borhan.samah@utusan.com.my



Gus Dur

--------------------------------------------------------------------------------





JAKARTA 30 Dis. – Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, (gambar) 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang ini (waktu Indonesia Barat) ketika dirawat di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, Sholahudin Wahid mengesahkan kematian Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat itu.

“Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang,” kata Gus Sholah kepada pemberita.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan para menteri, kenamaan, ahli keluarga serta rakan-rakan Gus Dur menziarahi jenazah Allahyarham di hospital berkenaan malam ini.

Allahyarham Gus Dur yang merupakan anak sulong daripada enam adik beradik akan dikebumikan di Jombang, Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Kesihatan Gus Dur merosot ketika menziarahi kubur Ibu Nyai Fatah di Pesantren Bahrul Ulum Tambak Beras, Jombang, Jawa Timur pada 24 Disember lalu.

Berikutan itu Gus Dur dikejarkan ke Hospital Swadana Jombang kemudian dipindahkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo pada 25 Disember lalu.

Gigi Gus Dur dicabut berikutan gusinya yang membengkak dan beliau juga terpaksa menjalani rawatan dialisis di hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Akmal Taher berkata, Gus Dur meninggal dunia akibat kegagalan jantung, ginjal dan masalah gula di dalam darah.

Sementara itu Ketua Dewan Perwakilan Pusat Parti Demokrat, Anas Urbaningrum menyifatkan kematian Gus Dur merupakan kehilangan terbesar kepada bangsa Indonesia.

“Kita kehilangan tokoh besar yang kita sendiri tidak tahu bila lahir penggantinya,” kata Anas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada media.

Beliau juga berkata, Gus Dur menjadi pemecah kebekuan dan kejumudan pemikiran. Dalam pada itu Susilo mengarahkan semua acara sambutan tahun baru dibatalkan bagi menghormati kematian Gus Dur. – Utusan

-------------------------------------

No comments:

Post a Comment